Sunday, May 15, 2011

sakit pinggang dan punggung

Apa agaknya yang di lakukan sehingga sakit di bahagian pinggang dan punggung berhari-hari?

Simptom :- Bila berdiri lama terasa pinggang salit atau sengal-sengal.
Duduk lama pula menyebabkan unggung terasa sakit tidak kepalang.
 Berdiri lama pun kita rasa cepat penat.

Jangkamasa:- Berhari-hari kadangkala berbulan-bulan.Sehinggakan kadangkala kita tak tertahan lagi kesakitan.

Bila pergi ke klinik :- Biasanya doktor kata mungkin kita angkat berat-berat,lalu di berinya pil tahan sakit dan  panadol.
Apa kenanya dengan diri kita?
Adakah kita sudah terlalu tua? Hei...ia juga berlaku di umur lewat 20 an atau awal 30 an.

Apa yang biasa dilakukan untuk melegakan penyakit sebegini?

1)Biasanya urutan kaki di bahagian tengah dapat melegakan kesakitan di  bahagian pinggang.Cubalah suruh orang urutkan atau urut sendiri pun boleh.
Cuma kalau dah sakit sangat suruhlah orang lain urut.
Kalau anda dah mencuba teknik ini...bagaimana ,ada kurang?Tentu kurang bukan?


2)Saya telahjuga mencoba teknik ini .Pakai peralatan berjogging termasuk kasut untuk jogging.Pergilah kemana-mana padang.Lakukan senaman regangan. Cuba lah serlari setempat sehingga sedikit berpeluh.
Bila dah berpeluh cubalah berjogging perlahan-lahan  sehingga anda resa degupan jantng semakin stabil.Cuba tambahkan pecutan.
Jarak :- Jarak yang di sarankan untuk warm up ialah 300meter dan 200 meter untuk pecutan sedikit.
Selepas itu berikan masa sedikit untuk warm down sambil berjalan-jalan 300meter.
Kalau anda dah mencuba teknik ini...bagaimana ,ada kurang?Tentu kurang bukan?


3)Balik, mandi dan berehatlah.Anda akan merasa kelegaanya.

No comments:

Post a Comment