Tuesday, July 12, 2011

Gatal-Gatal Di Celah Jari Kaki

Gatal-gatal di celah jari kaki, celah jari terasa lembap dan kadang kala berbau busuk.
Kerap di hidapi oleh mereka-mereka yang selalu berpeluh terutamanya di bahagian celah jari.Bagi yang bekerja berat dan memakai kasut keras keselamatan memanglah penyakit ini sudah menjadi kebiasaan.
Kerap kali terasa tidak selesa walaupun apabila duduk-duduk di rumah.

Bagaimana cara merawatinya
1)Amalkan beberapa kebiasaan
 -Memberus kaki setiap kali mandi terutamanya apabila pulang dari bekerja.
 -Gunakan sabun yang tinggi tahap alkalinya .
 -Gunakan sabun yang dapat membasmi kuman seperti lifeboy.
2)Rawatlah dengan ubat krim pembasmi kulat atau kurap
  harganya tidak mahal sekitar rm10 hingga rm20.
3)Apabila memulakan rawatan,rawatlah sampai kulit betul-betul sembuh baru berhenti.
4)Walaupun sudah pulih,langkah 1) jangan di tinggalkan.Jadikan ia sebagai kebiasaan.

Jika anda sudah mengamalkanya..pastinya anda sudahpun merasa kelegaanya.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment